Sunday, 18 December 2016

KEK BATIK KASIH SAYANG SIMPLE

Assalamualaikum semua..apa khabar??lama dah rasa tak jengah blog ni..maklum la sibuk skit akhir2 ni..ntah ape yg sibuk pun x tau..hikhikhik

Hujung minggu lepas saya berkesempatan buat kek batik..simple2 aje tp alhamdulillah mabeles!!!sedapp sgtt..sedap pada tekak sendiri pun okayyy la kan..krikrikk..jadi saya nak share la resepi kek batik simple tu dengan sahabat2 semua..senang aje nk membuatnye bahan2 pun simple je..sesuai la tuk yang baru nak try buat tu..saya pun baru 1st time buat ni..alhamdulillah menjadi la jugak..hehe

Bahan-bahan

1. 1 ketul butter
2. 1/2 tin susu pekat
3. 2 cawan milo
4. 2 sudu besar serbuk koko
5. biskut marie secukupnya

*boleh ubah ikut cita rasa masing2

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam kuali dengan api perlahan
2. Bila butter dah cair, masukkan susu pekat dan gaul sebati
3. Masukkan milo sedikit demi sedikit diikuti serbuk koko dan gaul sebati
4. Dah agak campuran sebati tak berketul matikan api dan masukkan biskut marie yg dah dipatahkan
5. Tuang dalam loyang dan padat2 kan. siapppp

Opss!!!jgn lupa sejukkan dulu dlm peti ais ye..baru syokkk

Ni la rupa kek batik kasih sayang simple yang saya hasilkan..moga2 makin bertambah kasih sayang kita semua ye..hehe



Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua..selamat mencuba!!!

Saturday, 5 November 2016

LOGO-KEROPOK LEKOR ASLI TERENGGANU-PENANG

LOGO KEROPOK LEKOR ASLI TERENGGANU-PENANG

Wahhh...logo dan lambang KlaTP dah siap...hihi..taklah cun sangat tapi boleh la kan..sapa lagi tak puji kalau diri sendiri kan..boleh gitu???Sebenarnya nak buat logo ni senang ja...ada aplikasi percuma dalam internet tu...uolls tanya ja pakcik GUGEL..hihi..dah lupa website apa..dah lama dah siap logo ni..baru je upload sini haa..

Serba sedikit info logo KlaTP:

Warna
Hitam-putih 
-Berasaskan dari Terengganu, negeri kelahiran keropok lekor 

Bentuk
Bulat
-Tanda muafakat dan kerjasama dalam niaga

Ikan
- Produk berasaskan ikan segar dan banyak

Sudu & garfu
-Selera dan kepuasan pelanggan keutamaan KlaTP..

Boleh layari kami di:

FB:Keropok Lekor Asli Terengganu-Penang

https://www.facebook.com/Keropok-Lekor-Asli-Terengganu-Penang-1685314068380303/


Saturday, 13 February 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera,,

Kami menjual keropok asli Terengganu di Penang..
Dijamin ori Terengganu & terlajak sedap!
-Antara produk kami::

1. keropok lekor ( vakum )
2. keropok keping
3. keropok segera ( biasa @ sira )

Siapa yg perlu untuk mencuba keropok ini???

1. Anda & seisi keluarga & rakan2
2. Penggemar keropok Terengganu
3. Peniaga restoran, pasar malam, cafe pejabat @ universiti, kantin sekolah, pengusaha kantin kilang2...& banyak lagi...

psstt3...untuk kelompok ketiga (3)..harga borong menanti anda...

p/s: sila like page kami FB:keropok lekor asli terengganu-penang
hubungi:0134596693(zam)
Gambar:

1. Keropok lekor vakum

 
2. Keropok keping